Monday, 27 June 2011

Air Mata Tidak Selamanya Abadi.


Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.


Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?


Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.



 









Thursday, 12 May 2011

Nur Tuhan.


Mendengarkan bait demi bait lirik ini membuatkan hati saya tersentap dan terkesima. Betapa, sepanjang hampir 23 tahun usia saya, masih belom banyak amal yang saya lakukan untuk memastikan saya membawa bekalan yang cukup ke 'sana'. Melihat rakan-rakan yang terlebih dahulu dijemput Illahi membuatkan saya percaya, jika sudah tertulis takdirnya begitu, tanpa menunggu tua dan sakit pasti malaikat maut datang menjengah melaksanakan kewajipan dan tugasnya yang telah diamanahkan Allah kepadanya. Kita sendiri tidak tahu, sampai 'limit' berapakah usia kita di dunia ini. Oleh itu, sentiasalah bersedia. Allahu Rabbi…

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi..

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan..

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi..

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan..


Wednesday, 11 May 2011

Saya Malu Untuk Menegur.


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.


Persepsi Diri Yang Salah.
Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu.
Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita.
Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

 

Pasrah Segalanya.


Sedang diri ini dalam kesedihan memikirkan dugaan demi dugaan yang menyapa sisi hidup saya. Tiba-tiba saya terdengar lagu ni berkumandang di blog seorang teman. Terasa diri berada dalam situasi yang diceritakan oleh penulis lirik lagu ini. Ye.. inilah hakikat hidup yang sering saya lalui. Semoga Tabah terus menguasai hati. Saya sangat bimbang jika lemah itu bertandang kerana bisikan syaitan mudah mengundang. Allahu rabbi… (TT__TT)

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tomahan menghiris hati
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseoranganlah aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa juga mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari
Setelah malamku berkalut benci

Pasrah Segalanya-dehearty


Jika Begitu, Kerana Begini.



"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh bisa ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia hidup. 

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati mu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan jangan lah menganggap ia terlalu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu...

Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk menampalnya semula dan akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah dia seadanya, janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu menerimanya, akhirnya kamu akan kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk mu. Mengenyangkan, berkhasiat mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakan nya dan kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikkan kepada dirimu, menyayangi mu, Mengasihi mu. mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkan dengan yang lain. terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Renungkanlah hawa diciptakan dari rusuk adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan pemimpinnya dan bukan dari kaki nya untuk dijadikan hambanya, melainkan dari sisinya Untuk dijadikan tempat hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya..... 

Sesungguhnya tuhan telah menciptakan semua makhluk atau benda di dunia ini berpasangan... namu mengapa Dia menciptakan hati hanya satu bagi setiap hambanya.. Ini kerana Dia meminta kita untuk mencari satu lagi hati dan menjadikan nya sepasang hati... renungkan.."

Yang Hadir & Yang Kembali.


Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yang lena. Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yang menutupi wajahnya ... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yang kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini.  

Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang. Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa kami berdua  adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua tahun lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.."  
Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Alllah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ...pasti!  
 "Huda....bangun.,...jom kita solat."  
Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat....Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan.. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu  
dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya ... .Ahh. aku sayang padamu Huda ...  
Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yang panjang .. Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah .. (al A'raaf : 189 ) yang bermaksud : "Ya Allah jika engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur .."  
Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua kudapati Huda dah berada di belakangku..Wajahnya masam, .. merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.  
" Kenapa ni.? Muncungnya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik .... Semakin menjadilah rajuknya.  
" Kenapa abang tak kejutkan Huda.?" Protesnya ... Aku tersenyum cuma.  
"Dah, abang tengok cik adik letih sangat.. bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar ..  
"Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat .. Jangan tidur sampai dia selesai solat malam.  
"Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku .. Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudianya berlalu dengan  
wajah yang melucukan.  
Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan :  
" Abang ..... nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja ..  
Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan,. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah  menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini, sanggupkah aku memikul bebanan ini ....?  
"Hai.tak takut cemburu ke ..? Umpanku pula..  
"Cemburu .... .emmm itukan memang fitrah manusia bang .. takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri  
abang..? hujahnya panjang lebar.  
"Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..?  
"Abang niii . .Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. "Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat ..?" umpanku lagi..  
"Kahwin satu lagi.."  
"Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus.  
"Nikah lagi .. kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam nada semakin kendur.  
"Huss .. Huda sayang ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail .. berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.." Ku tamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya ..  
Kudakap erat Huda, ... ada titisan panas yg membasahi dadaku .......  
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh ... umurku sudah merangkak 33 tahun ...Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya ... Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku .. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku  
pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini .... Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku, .. dengan nada manja sambil berkata ..: 
"Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota.  
Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya.  
"Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk.  
"Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan..  
" Bismillahirrahmanirrahimm .. " Ku potong kek istimewa itu.kami berbalas suapan .. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi..  
"Subhanallah..Maha suci Allah, .. Tuhan sekelian alam..!!"  
Huda hamill ..!! Masya Allah, .. setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya. Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti ketika ini, .. tangisan SYUKUR..!  
"Kenapa jumpa doctor tak bagitau abang .. ?" Tanya ku seperti memprotes..  
"Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba .. Tiba-tiba aku rasa bersalah, ..  
Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru, .. Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'. Aku benar-benar lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah .. Sejak berita itu diterima.kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver untuk kemudahannya. Aku minta supaya dia  
mengurangkan semua aktivitinya. Namun Huda tak bersetuju. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia .. Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang 'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' .. ketika aku tetap meminta dia memenuhi hasratku, .. dia berkhutbah panjang.  
"Abang sayangggg. abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya .. Abang nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah, .. Abang.., .. kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah, kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya, .. jangan manjakan ibunya .. Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini , bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib .. ? Abangkan kan tau, .. kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak ... Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga."...  Sebelum sempat khutbahnya dteruskan.aku terus meletakkan tanganku di  
mulutnya .. 'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam.. Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!  
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa, .. Peluh mengalir laju membasahi dahinya .. Dia kelihatan pucat.. Kurasa badannya, ..panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 Mei, ...hari ni baru 26 April, .. Aku panik .. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dalam hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang untuk menambah ketenangnku. Aku mundar mandir ..Ya Allah., selamatkanlah isteri dan anakku .. bisikku berulang kali..  
"Encik Saifuddin..?" .. Dr Khadijah, .. pakar sakit puan rujukan isteriku, ..  
"Ya, .. saya doctor, .." sahutku cepat .. Kuhampiri Dr Khadijah ..  
 "Boleh kita berbincang sebentar,, .." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan, ..  
"Saya harap Encik Saifudin bertenang, ..isteri encik menghadapi sedikit masalah, .. air mentubannya dijangkiti kuman .. dan degupan jantung bayi didapati semakin lemah .. Puan Huda perlu dibedah segera.."  
"Bedah..? Buatlah apa yang sewajarnya doktor .. Tapi isteri saya bagaimana.doktor ..?" Tanyaku dengan nada separuh ketar. Bimbang.  
"saya akan cuba sedaya upaya, .. utk menyelamatkan kedua-duanya, .. Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .." Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..  
Ya allah, selamatkanlah isteriku, .. Ya Allah .. jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku, .. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku .. Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang .. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku, .. tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai dipintu bilik , .. aku terdengar suara tangisan bayi, .. alangkah lunaknya.  
 "Encik saifudin ..?" 
"Ya..saya.."  
"Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat, 2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,..  
"Alhamdulillah. isteri saya bagaimana doktor.?"  
Dr, Khadijah terdiam .. tiba-tiba perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku, .. Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya, ...  Tiba-tiba doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk .. Mulutku ternganga seketika, ..  
"Maaf, .. saya telah berusaha semampu yg mungkin, Tapi Allah lebih menyayangi Huda,.."  
Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung, Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan .. Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya, .. sesusuk tubuh di tutup dengan kain putih terbaring, .. Perlahan aku membuka kain penutup .. Innalillahi wainna ilaihi raji'unnnn .. DariNya kita datang, kepadanya kita kembali, .. Wajah Huda pucat, .. tapi bibirnya terukir senyuman manis, .. manis sekali, .. tanpa kusedari kudakap Huda seerat-eratnya .. tangisku perlahan, tapi tak tertahan ..!  
"Sabar encik Saifudin, .. sabar.." Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku ,..  
"Nurse, .. tolong bawa anak encik saifudin .." katanya lagi, .. Seorang bayi mungil yang masih merah dihulurkan di hadapanku, .. .perlahan kuambil dan kudakap bayi itu, kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda .. Mereka amat mirip.! Matanya, .. hidungnya, .. mulutnya, .. Allahuakbar..!!!  
Dadaku bertambah senak .. tangisanku semakin menjadi-jadi, .. Sehinggalah ayah datang memegang bahuku .. dan berkata, ..  
" Iqamahkan anakmu saifuddin, .. sambutlah yang hadir, .. doakanlah yang kembali .."  
Huda, . .rupanya inilah hikmah Allah, .. Maha Kuasa dan Maha MengetahuiNya Allah, .. Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun, .. untnk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya. Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai, .. Seandainya kami tidak  mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda, .. Tidak, .. Tidak, itu semuanya ketentuanMu YaRabb. Tuhan Yang Maha Mengetahui, .. Lagi Maha Pengasih, ..  Selamat jalan Huda, ..  
 ~Fithratul haqq..~  

Ketetapan adalah tetap ketetapan Allah. Manusia dengan ikhtiarnya. Inilah tarbiyah Allah buat orang-orang yang menyerahkan sepenuh penggantunganNya kepada Allah. Kita berdoa. Kita merayu agar disampaikan hajat. Kita menangis, bermunajat. Harus juga kita ingat akan doa nabi , janganlah Ya Allah Kau berikan aku sesuatu yang aku pinta hanya kerana belas kasihan dan simpatimu sedangkan ia hanya membawa kerugian kepada diriku. berdoalah .. berdoa dengan mengharapkan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan redhalah ... redha dengan setiap pemberian dan anugerahNya .. redha ketika diuji itulah sabar namanya. dan ... bertajahudlah lagi di malam hari dan berdampinglah dengan AL-Quran .. InsyaAllah  itulah ubat mengistiqamahkan iman alfaqirah ila Allah. 


  




Tuesday, 10 May 2011

Kerana Aku Wanita.


kerana aku wanita,
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku...


kerana aku wanita,
ingin disayangi itu fitrah diriku...


kerana aku wanita,
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki...


kerana aku wanita,
emosiku selalu mengatasi logik akalku...


kerana aku wanita,
air mata teman setiaku..


kerana aku wanita,
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi..

DAN..
kerana aku wanita,
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku,
jangan bermain kata denganku,
takut rosak hatiku...


kerana aku wanita,
akhlakmu ukuran dimataku..

peliharalah akhlakmu dan imanmu,
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku,
takut rosak thiqohmu..


kerana aku wanita,
maka peliharalah susunan kata-katamu..


kerana aku mudah terasa,
namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar..


kerana aku wanita,
peliharalah dirimu dari mencemuhku..
saat titisan jernih mengalir dari mataku,


kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali..
kerana aku wanita,
aku memang sangat peka..
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya..

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami...
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami..
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami...


Monday, 9 May 2011

Sekelip Mata Kau Berubah.


Sangat suka lagu ni. Nyanyian Lestari. Alosssss.. group yang femes dengan lagu Mahligaimu Dari Air Mata tu. Sangat ada kena-mengena dengan hidup saya sekarang. Allah lebih tahu sesuatu yang terbaik itu lebih dari hambaNya sendiri. Semoga saya selalu positif dengan dugaan yang mendatang dan apa yang pasti, saya tak ingin bermusuh dengan dia. My special Incik Bert. Semoga kamu sentiasa dalam rahmatNya dan bahagia selalu walau di mana kamu berada. Thank coz being a gud motivator and gud fren of mine. Yakinlah.. pilihan kamu itu mungkin yang terbaik. Juga terima kaseh kerana pernah membahagiakan saya.. (^__^)


 

Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya..

Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini..

Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan..

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu..

Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Ooo... begitulah lumrahnya percintaan..



okeh.. sambung study balik… :p

Persahabatan Dan Cinta.



Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta? Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.


Pada suatu hari, Persahabatan mula terfikir bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.



"Hmmm ... seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku." fikir si Persahabatan. Sejak hari itu Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.

Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis semahu-mahunya. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mula bergaul rapat dengan Kecewa, Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai. Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan. 

Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan. Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta.

Dipendekkan cerita ... Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.



 
Moral.

Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, " Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!" Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. 


Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.

Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.

Teman teman yang sedang menjalin Persahabatan ... Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.

Temanteman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Temanteman yang belum mengerti erti Persahabatan ... cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.

Temanteman yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... Renungkanlah, "Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?" Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu. keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan kamu temui dalam persahabatan...


Lelaki, Jangan Ambil Mudah Soal Hati: Sayang Bukan Rahsia !


Ini kisah benar. Kisah diriku 8 tahun lepas. Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatakan lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya.

Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)

Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....


Aku sebenarnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha.... Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku!



Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo!


Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..


Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai). Dekat FRIENDSTER, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni.



Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni. Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcmserba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.



Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je.



Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu.



Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin,  tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak.


Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.


"Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke?"



Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan.


"Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?"


Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu. Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun  ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia.



"Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."



Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak. Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu.


"Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."


E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki.



"Assalamu'alaikum. Nak cakap dengan isteri saya?"



"Wa'alaikummussalam. Isteri?"



"Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"



Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?



"Hello?"

"Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call. Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"


"Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"



Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.



Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi2 lelaki, kita memang tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diorg tak ckp, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada org yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan.. tunang, dan lebih baik sebagai isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita.



Originally from : 

Sunday, 8 May 2011

Tentang Kawan: Kata depa begitu, kata saya begini.


kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang… kuang.. kuang.. kuang…

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit... ouccchhhh !!

kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir...

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana... waaaaaaargghhhh !

kata sedara,
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!! Aummmm.. aummmm.. aummmm !

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saja apa dikata... meooowwwww !

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau busuk tp sedap dimakan... nyummy !

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap tak de... cam chipsmore chip lah pulak !

kata SAYA ,
KAWAN tu tak kisahlah camane pun... ecececececeeee…

walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM
BISKUT!!!

Walaupun dia tunjuk muka pada saya masa dia susah je... (takpe2, hari kamu ! )

Walaupun dia selalu kata sibuk & tak de masa untuk saya... (pelawok.. pelawok.. pelawok.. )

Walaupun dia hanya cari saya bila dia takde kawan lain... (sokmo gitu ! )

Walaupun kdg2 saya terpaksa ingatkan dia supaya dia sedar kewujudan saya... (sadisnya ! )

Walaupun saya pernah menangis krn tak dipedulikan... (embekkkkk !!!)

tapi tak pe lah (buat sedap ati sendiri)...

dia tetap kawan saya...
tau tak sebab apa??? (cepat Tanya ! )
sekali saya dah kawan ngan dia
selamanya dia tetap sahabat saya walaupun pada dia, saya hanya kawan yang dicari bila susah datang dekat buat muka kesian bila senang, selisih angkat tangan dan terus blah laju berjalan... sob.. sobbb..sobbb… (bukan nak Tanya kabau pon, kalau datang dekat cubit, tampar bahu je pon.. jadilah !! ) Sabor je lah !!




Ehemmm ! 50 hakikat tentang lelaki.



 

Amaran : errrr.. cik abang suma, lebih baik jangan baca. Takut kamu dan kamu terasa ditampar-tampar pulak kang ! errrr….


 

  1. Dahulu, semasa musim galak bercinta, anda terlopong mendengar ceritanya ttg segala mak nenek dunia permotoran n automatif. Slps kawin, anda masih terlopong krn dia tdk kenal mana satu asam jawa, mana satu asam gelugur.

    2. Siapa kata lelaki xkan main kayu 3 n lelaki xkan men2kan anda? Buktinya, tunggu saja slps and ber2 diijabkabul dan kemudian hidup sebumbung. Anda akan sedar yg rupa2nya anda bermadu dgn kereta @ motornya.

    3. RM500 untuk sejambak bunga di hari kekasih? APALAH SANGAT.... selepas kawin, RM50 utk belanja dapur?? "AWAK NAK CEKIK DARAH SAYA KER?"

    4. Anda tahu dan anda mengenali si dia itu, dia seorg sports freak. Selepas kawin, dia masih seorg sports freak; didepan televisyen

    5. Kerana dia seorg sports freak, perutnya, semasa bujang, six-packed; selepas kawin, perutnya berbonjol enam

    6. Dia simpati bercampur takut mengenangkan anda harus melalui proses bersalin. Tetapi selepas beranak satu, jadual bersalin anda sama padat dengan tempahan konsert MAWI

    7. Suatu masa dulu, kala bercinta masih panas berdentam dentum, dia bergayut di telefon dengan anda purata lima jam sehari. Selepas kawin, jika out-station, dapat lima patah kata SMS daripada dia pun dah dikira BAGUS

    8. Percayalah! Separuh daripada tabiat anda akan berpindah kepadanya selepas kawin. Contoh; melatah

    9. Keretanya berhabuk secuit, dia akan mandikan dengan penuh kasih mesra. BILIK AIR berkulat?? Tahun depan pun boleh basuh....

    10. Hanya waktu bersanding dia akan berbaju sedondon dengan anda. Selepas itu, kalau ada persamaan sikit pun dia AKAN BERJALAN JAUH-JAUH. Takut ada tauke ekspo minta main boria agaknya..

    11. Sampai bila pun lelaki xkan paham bahawa stiap wanita adalah Imelda Marcos dlm skala kecil.

    12. Jika 'ditunjuk ajar', dia mungkin akan lbh rajin mengoles perapi rambut berbanding anda

    13. Dia yg gagah perkasa itu rupanya takut pada anak kucing

    14. Ada org berkata, ada beberapa kemahiran org p'puan yg akan dpt dipelajari n 'diserap' oleh org lelaki apabila dia berumahtangga. Tetapi percayalah, sampai bila2 pun, anda lebih pandai membancuh susu anak.

    15. Baby, Darling, dan Honey berganti dengan "Woi", "Hmmmmm.." dan "Ha, maknya?"

    16. Berjaga malam utk tgk bola tdklah memenatkan spt kena tukar lampin anak.

    17. Waktu jadi kekasih, anda habis keje kul 5, kul 4.30 dia sdh terpacak utk menjemput anda. Slps kawin, bila anda mintak tlg, dia akan kata "Naik LRT boleh? Jlaan macam Sardin ni!"

    18. Berthn2 dia berdikari sbg org bujang dan bangga dengan hakikat itu. Slps kawin, 'seluar kecik' nya anda basuh dan dia bangga dengan hakikat itu

    19. Letaklah meriam di sebelah telinganya, dia tetap melingkar di atas katil. Tetapi cuba bgtau yg kawannya dtg nak ajak tgk bola atau memancing, dia akan bangkit segar bugar

    20. Dia berkira duit tol atau minyak bila diajak melawat keluarga sebelah anda walhal sblm kawin, ibu anda 'dirasuah' dengan buah tangan sehingga tak cukup tangan

    21. Jangan suruh dia buang sampah bila dia sedang menonton siaran langsung Formula One

    22. Dia boleh basuh pinggannya sendiri tetapi anda yg harus telangkupkannya

    23. Dia tak paham kenapa anda xboleh menjamah nenas, timun n air kelapa selepas usai bersalin

    24. Dia suka anda mengandung kerap kerana ketika ini aset2 anda setara Pamela Anderson

    25. Dia yg hensem mcm Jehan Miskin rupanya mandi 20 saat je

    26. Anda bersusah payah masuk kelas fine dining dengan chef terkemuka di dunia, ikan masin ibunya juga plg sedap di dunia

    27. Di kamar, wanita ibarat bulan. Ada waktu2 tertentu utk mengambang. Lelaki pula ibarat matahari,oleh kerana itulah mereka sentiasa 'terbit bersinar2' pd waktu pg

    28. Sblm kawin, dia mcm ribut kemas rumah bila anda buat lwtn mengejut, slps kawin rumah macam kena pukul ribut pun dia tak nampak

    29. Sebaliknya, dia seorg yg lbh cerewet dlm bab kemas rumah,mengalahkan ibu anda sendiri! Malah menggubah bunga straw adalah bakat terpendamnya!

    30. Mmg lazim, lelaki,kala berpacaran (ewahhhh),rela memanjat shopping complex tujuh tingkat menemani anda membeli baju. Selepas kawin, anda disuruh beli sendiri baju di pasar malam depan rumah...
  1. 31. Dia mndgr spnh hati stiap kata anda. Slps kawen, anak2 yg jd agen perantara

    32. Anda b'ckp dgn lembut mersik 10 kali, dia x respon. Anda b'teriak sekali, dia balas," Awak ingat sy pekak ke?"

    33. Anda minta sdkt dana utk 'pengstrukturan semula' bdn anda di gimnasium. Dia srh anda lari saje keliling umah sambil junjung batu giling

    34. Berjimat! Harga minyak n brg2 dah naik!. Tapi dia masih isap rokok 10 kotak sehari

    35. Bonus hjg tahun ialah utk up-grade komputernya yg sdh sedia tip-top. Bkn utk beli br supaya isteri tip-top

    36. Rasulullah S.A.W dahulu penah sekali plg lewat. Isteri baginda,Aisyah menanti penuh setia hingga tertido. Pabila Rasulullah pulang, Aisyah x mnjwb panggilan baginda lalu baginda memutuskan utk tido sahaja di luar pintu. Esok harinya, Aisyah berkali2 memohon maaf kerana tertido mlm td manakala baginda pula memohon maaf krn terlewat plg. Kalo kita?? mgkn dah jd satu adedan Kungfu Hustle!

    37. Stiap kali melalui kedai emas atau kedai beg tangan dgn anda, tibe2 dia t'nampak 'toyol n hantu bungkus'. Sblknya, ada 'bidadari' melambai2 dr kedai gadget kegemarannya

    38. Kahwenlah b'puluh tahun pun, dia ttp akan bgn lambat stiap kali bermalam di rumah ibunya

    39. Selamanya anda ialah diari dan kalendar b'gerak dlm famili. Jadi, xperlulah minta dia m'hafal tarikh lahir smua suku-sakat n ipar duai sblah anda

    40. Dia xkan paham mengapa anda x makan nasi supaya berat badan turun. Anda x paham mengapa dia hisap rokok sampai indeks kualiti udara di rumah x turun2!

    41. syukurlah jika anda ber2 suka mendengar siaran radio yg sama

    42. Dia yg macho dan cool pandai pulak merajuk kerana anda 'terminat' Zizan and Johan a.k.a Jozan Maharaja Lawak. aik? dengan JAMBU pon dia jeles ??

    43. Anda mesti blajar tukar tayar kerete drpdnya. Dia x perlu blaja goreng telur drpd anda

    44. Jgn ajak dia mengumpat Mak Bedah di rumah sblah ketika dia br saja nak 'bermukadimah' di kamar

    45. Walau setinggi mana sayang n hormatnya dia kpd ibu bapa anda, jgn sesekali bingkaikan potret depa sebesar2 alam n letak di tepi katil.

    46. Dia mahu anda tampil jelita sentiasa. Dia tak mahu lihat bagaimana prosesnya,apatah lagi yg melibatkan bedak sejuk n masker 2 inci

    47. Dia mahu anda b'solek n b'gaya di rumah. Tetapi anda tetap kena masuk dapur menumis sambal

    48. Dia dahulunya ketua pengawas,kapten bola sepak n kapten asrama yg berdisiplin lagi punctual. Slps kawen, sungguh ajaib jika dia boleh bgn tido lbh awal drpd anda

    49. Slps kawen, dia yg pendiam n sentiasa kawal macho itu tidak segan2 lagi bergelek gerudi di tengah rumah malah siap jadi kareografer untuk anak2

    50. Dia mencintai n menerima anda seadanya, (tetapi Angelina Jolie tetap wanita plg gorgeous di dunia)

 


 

Errr.. maaaaap kalau ada ayat-ayat di atas ade yang 'sesuai'(sebut mcm kak raja azura) untuk orang yg dah halal sentuh-sentuh je.. saya pon kopi pasta jek.. hohoho..


Dilema Di Relung Hati Ini.



Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah al 'Adzim...
Alladzi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum, wa-atubu ilaih...

 
Terasa hati ini kian lama kian gelap diselaputi dosa...
Pelbagai dosa...
Yang tersirat, mahupun yang tersurat...
Yang sengaja, mahupun yang tak sengaja...
Kian lama, kian parah...

 
Dan kini, kesannya mula terasa...
Diri kian lalai...
Fikiran sering memikirkan perkara yg lagha...
Semuanya berpunca dari hati...

 
Benarlah sabda Nabi,
"Dalam diri manusia ada seketul darah, bila baik ia, maka baiklah seluruh (anggota badan),
bila rosak ia, maka rosaklah seluruh (anggota badan),
ketahuilah, itulah HATI.."

 
Dunia remaja, dunia yg sering memberi begitu banyak ujian pada hati..
Dan ujian terberat, yg amat sukar ditangani & tak dapat lari dari diri remaja ialah,
ujian cinta...

 
Ujian inilah yg sudah banyak menumbangkan pemuda-pemuda yang asalnya hidup berlandaskan Islam, mengikut sepenuh ajaran Islam, tapi akhirnya hanyut, hanyut & terus hanyut... Hinggalah terjunam ke dalam lembah yang amat hina..
Na'udzubillah...

 
"Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya ia adalah perkara yang terkutuk & jalan yg keji"
Maknanya, jangan ada zina mata, zina telinga, zina mulut, zina hati....
Kerana semua ini adalah perkara-perkara yg mendekati zina atau jalan yang menuju ke lembah zina...
Maka, hindarilah...!!

 
Rasanya, sudah cukup setakat ini aku memulakan langkah ke alam yang tak sepatutnya aku lalui ini...
Berfantasi, berimaginasi dgn sesuatu yg aku sendiri tak pasti...
Cinta itu mmg FITRAH, namun bila gagal mengawalnya, maka itu yang jadi PARAH...
InsyaAllah, bila tiba masanya nanti, cinta itu akan bertaut juga...
Jodoh tak ke mana, kerana segalanya sudah ditakdirkan-Nya...

 
"Aku tak ada hak untuk mengasihi dia,
Dan dia tiada hak untuk mengasihi aku,

 
Aku tak ada hak untuk merindui dia,
Dan dia tiada hak untuk merindui aku,

 
Aku tak berhak utk berada di hatinya,
Dan dia tak berhak utk berada di hatiku...

 
Kerana HAK itu hanya milik pasangannya yg SAH...!!"

 
Cuba kita fikirkan,

 
Kalau la org yg kita suka tu bukan pasangan yg ditakdirkan utk kita,
Maka sebenarnya kita dah mengambil hak isteri/suami org yg kita suka tu...
Dan org yg mengambil hak org lain adalah org yg zalim...

 
Dan kalau la isteri/suami orang yang kita suka itu tahu bahawa kita pernah suka pada suami/isteri mereka,
mesti mereka akan merasa lain dengan kita...
Kadang-kadang mungkin boleh menimbulkan ketidakpuashatian, ataupun yang lebih bahaya boleh menimbulkan fitnah kepada kita & dia...
Na'udzubillah...

 
Cinta sebelum nikah itu cinta yang tak bermakna...
Cinta tanpa asas yang kukuh untuk dipegang...
Cinta yang perit...
Kerana tatkala hati kian diambung gelora cinta,
namun anggota tak bisa melakukan apa-apa...
Syariat tetap membataskan...
Hati perlu dijaga, angota badan perlu dijaga...
Maruah, nama keluarga...
Dan yg paling penting panji Islam itu, yang sangat perlu dipelihara...
Jadi, mengapa perlu menyeksa jiwa tatkala jasad tak bisa melakukan apa2....??
Buang masa....

 
"Tiada cara lain utk mengawal syahwat, selain mengadu & mendekatkan diri kpd Allah dan rasa takut dgn azabNya,"
Bila diri kian jauh dari Allah, maka makin mudah la syaitan nak perangkap kita dgn muslihatnya...
Bagi yg belajar agama, perkara-perkara yang mengundang dosa pun boleh diislamikkan (kononnya...), contohnya istilah 'couple islamik'. Ini adalah tipu daya & muslihat syaitan...
Jadi, kenangkan azab Allah bila kita terfikir utk melakukan kemungkaran, apatahlagi yang berlandaskan syahwat...
InsyaAllah, kalau kita benar-benar orang yang beriman, kita tak akan berani melakukan kemungkaran itu...

 
Allah itu yang mencipta kita, mencipta dia...
DIAlah yg mengawal segala2nya...
Membolehkan sesuatu yg tak boleh, & menggagalkan sesuatu yang sepatutnya berhasil...
Hanya DIA yg berkuasa atas segalaNya...

 
Jadi.. Mintalah segalanya kpdNya...
Allah berfirman, "Dan berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan kepadamu,"
Tapi, makbul atau tidak itu soal kedua...
Kita cuma berserah kepadaNya...
Kalau dimakbulkan, alhamdulillah....
Kalau tak, insyaAllah, Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yg kita minta...

 
Allah itu lebih mengetahui atas tiap-tiap sesuatu...
Jadi, bila kita terima sesuatu, redha & pasrah...
Kerana orang yang beriman itu yakin Allah hanya akan memberikan apa yang terbaik untuknya....

 
Tentang perasaan ini, memang ia susah nak hilang...
Tapi, kita akan lupa bila kita mendekati Allah..
Bila hati ini khusyuk mengingatiNya...
Lupakan la segala cinta tak bermakna tu...
Layarkan hati menyusuri cinta seagungnya, cinta kpd Tuhan semesta alam...
Jua cinta kepada Rasul petunjuk seluruh umat...
Itu yang sebaiknya, itu yg seharusnya...

 
"Hidup ini perlu realistik... Laksanakan apa yg sudah ada di dpn mata, bukan memikirkan sesuatu yg tidak pasti akan datang dalam hidup kita.."
Sebagai pelajar Muslim, anak soleh, solehah (insyaAllah..), abang atau kakak...
Laksanakan dulu segala kewajipan ini...
Baru berfikir untuk menjadi suami/isteri mithali pula.

 
Cukup setakat ini luahan hati yg sekian lama terbungkam di sanubari...
Moga bukan saja memberi manfaat buat diriku, jua bermanfaat buat semua hendaknya...
 HafiziAzmi91~~~