Monday 27 June 2011

Air Mata Tidak Selamanya Abadi.


Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.


Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?


Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.



 









Thursday 12 May 2011

Nur Tuhan.


Mendengarkan bait demi bait lirik ini membuatkan hati saya tersentap dan terkesima. Betapa, sepanjang hampir 23 tahun usia saya, masih belom banyak amal yang saya lakukan untuk memastikan saya membawa bekalan yang cukup ke 'sana'. Melihat rakan-rakan yang terlebih dahulu dijemput Illahi membuatkan saya percaya, jika sudah tertulis takdirnya begitu, tanpa menunggu tua dan sakit pasti malaikat maut datang menjengah melaksanakan kewajipan dan tugasnya yang telah diamanahkan Allah kepadanya. Kita sendiri tidak tahu, sampai 'limit' berapakah usia kita di dunia ini. Oleh itu, sentiasalah bersedia. Allahu Rabbi…

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi..

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan..

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi..

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan..


Wednesday 11 May 2011

Saya Malu Untuk Menegur.


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.


Persepsi Diri Yang Salah.
Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu.
Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita.
Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

 

Pasrah Segalanya.


Sedang diri ini dalam kesedihan memikirkan dugaan demi dugaan yang menyapa sisi hidup saya. Tiba-tiba saya terdengar lagu ni berkumandang di blog seorang teman. Terasa diri berada dalam situasi yang diceritakan oleh penulis lirik lagu ini. Ye.. inilah hakikat hidup yang sering saya lalui. Semoga Tabah terus menguasai hati. Saya sangat bimbang jika lemah itu bertandang kerana bisikan syaitan mudah mengundang. Allahu rabbi… (TT__TT)

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tomahan menghiris hati
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseoranganlah aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa juga mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari
Setelah malamku berkalut benci

Pasrah Segalanya-dehearty


Jika Begitu, Kerana Begini.



"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh bisa ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia hidup. 

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati mu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan jangan lah menganggap ia terlalu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu...

Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk menampalnya semula dan akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah dia seadanya, janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu menerimanya, akhirnya kamu akan kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk mu. Mengenyangkan, berkhasiat mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakan nya dan kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikkan kepada dirimu, menyayangi mu, Mengasihi mu. mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkan dengan yang lain. terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Renungkanlah hawa diciptakan dari rusuk adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan pemimpinnya dan bukan dari kaki nya untuk dijadikan hambanya, melainkan dari sisinya Untuk dijadikan tempat hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya..... 

Sesungguhnya tuhan telah menciptakan semua makhluk atau benda di dunia ini berpasangan... namu mengapa Dia menciptakan hati hanya satu bagi setiap hambanya.. Ini kerana Dia meminta kita untuk mencari satu lagi hati dan menjadikan nya sepasang hati... renungkan.."

Yang Hadir & Yang Kembali.


Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yang lena. Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yang menutupi wajahnya ... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yang kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini.  

Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang. Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa kami berdua  adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua tahun lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.."  
Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Alllah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ...pasti!  
 "Huda....bangun.,...jom kita solat."  
Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat....Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan.. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu  
dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya ... .Ahh. aku sayang padamu Huda ...  
Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yang panjang .. Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah .. (al A'raaf : 189 ) yang bermaksud : "Ya Allah jika engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur .."  
Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua kudapati Huda dah berada di belakangku..Wajahnya masam, .. merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.  
" Kenapa ni.? Muncungnya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik .... Semakin menjadilah rajuknya.  
" Kenapa abang tak kejutkan Huda.?" Protesnya ... Aku tersenyum cuma.  
"Dah, abang tengok cik adik letih sangat.. bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar ..  
"Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat .. Jangan tidur sampai dia selesai solat malam.  
"Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku .. Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudianya berlalu dengan  
wajah yang melucukan.  
Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan :  
" Abang ..... nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja ..  
Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan,. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah  menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini, sanggupkah aku memikul bebanan ini ....?  
"Hai.tak takut cemburu ke ..? Umpanku pula..  
"Cemburu .... .emmm itukan memang fitrah manusia bang .. takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri  
abang..? hujahnya panjang lebar.  
"Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..?  
"Abang niii . .Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. "Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat ..?" umpanku lagi..  
"Kahwin satu lagi.."  
"Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus.  
"Nikah lagi .. kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam nada semakin kendur.  
"Huss .. Huda sayang ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail .. berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.." Ku tamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya ..  
Kudakap erat Huda, ... ada titisan panas yg membasahi dadaku .......  
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh ... umurku sudah merangkak 33 tahun ...Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya ... Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku .. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku  
pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini .... Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku, .. dengan nada manja sambil berkata ..: 
"Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota.  
Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya.  
"Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk.  
"Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan..  
" Bismillahirrahmanirrahimm .. " Ku potong kek istimewa itu.kami berbalas suapan .. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi..  
"Subhanallah..Maha suci Allah, .. Tuhan sekelian alam..!!"  
Huda hamill ..!! Masya Allah, .. setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya. Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti ketika ini, .. tangisan SYUKUR..!  
"Kenapa jumpa doctor tak bagitau abang .. ?" Tanya ku seperti memprotes..  
"Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba .. Tiba-tiba aku rasa bersalah, ..  
Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru, .. Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'. Aku benar-benar lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah .. Sejak berita itu diterima.kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver untuk kemudahannya. Aku minta supaya dia  
mengurangkan semua aktivitinya. Namun Huda tak bersetuju. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia .. Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang 'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' .. ketika aku tetap meminta dia memenuhi hasratku, .. dia berkhutbah panjang.  
"Abang sayangggg. abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya .. Abang nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah, .. Abang.., .. kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah, kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya, .. jangan manjakan ibunya .. Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini , bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib .. ? Abangkan kan tau, .. kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak ... Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga."...  Sebelum sempat khutbahnya dteruskan.aku terus meletakkan tanganku di  
mulutnya .. 'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam.. Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!  
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa, .. Peluh mengalir laju membasahi dahinya .. Dia kelihatan pucat.. Kurasa badannya, ..panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 Mei, ...hari ni baru 26 April, .. Aku panik .. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dalam hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang untuk menambah ketenangnku. Aku mundar mandir ..Ya Allah., selamatkanlah isteri dan anakku .. bisikku berulang kali..  
"Encik Saifuddin..?" .. Dr Khadijah, .. pakar sakit puan rujukan isteriku, ..  
"Ya, .. saya doctor, .." sahutku cepat .. Kuhampiri Dr Khadijah ..  
 "Boleh kita berbincang sebentar,, .." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan, ..  
"Saya harap Encik Saifudin bertenang, ..isteri encik menghadapi sedikit masalah, .. air mentubannya dijangkiti kuman .. dan degupan jantung bayi didapati semakin lemah .. Puan Huda perlu dibedah segera.."  
"Bedah..? Buatlah apa yang sewajarnya doktor .. Tapi isteri saya bagaimana.doktor ..?" Tanyaku dengan nada separuh ketar. Bimbang.  
"saya akan cuba sedaya upaya, .. utk menyelamatkan kedua-duanya, .. Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .." Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..  
Ya allah, selamatkanlah isteriku, .. Ya Allah .. jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku, .. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku .. Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang .. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku, .. tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai dipintu bilik , .. aku terdengar suara tangisan bayi, .. alangkah lunaknya.  
 "Encik saifudin ..?" 
"Ya..saya.."  
"Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat, 2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,..  
"Alhamdulillah. isteri saya bagaimana doktor.?"  
Dr, Khadijah terdiam .. tiba-tiba perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku, .. Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya, ...  Tiba-tiba doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk .. Mulutku ternganga seketika, ..  
"Maaf, .. saya telah berusaha semampu yg mungkin, Tapi Allah lebih menyayangi Huda,.."  
Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung, Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan .. Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya, .. sesusuk tubuh di tutup dengan kain putih terbaring, .. Perlahan aku membuka kain penutup .. Innalillahi wainna ilaihi raji'unnnn .. DariNya kita datang, kepadanya kita kembali, .. Wajah Huda pucat, .. tapi bibirnya terukir senyuman manis, .. manis sekali, .. tanpa kusedari kudakap Huda seerat-eratnya .. tangisku perlahan, tapi tak tertahan ..!  
"Sabar encik Saifudin, .. sabar.." Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku ,..  
"Nurse, .. tolong bawa anak encik saifudin .." katanya lagi, .. Seorang bayi mungil yang masih merah dihulurkan di hadapanku, .. .perlahan kuambil dan kudakap bayi itu, kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda .. Mereka amat mirip.! Matanya, .. hidungnya, .. mulutnya, .. Allahuakbar..!!!  
Dadaku bertambah senak .. tangisanku semakin menjadi-jadi, .. Sehinggalah ayah datang memegang bahuku .. dan berkata, ..  
" Iqamahkan anakmu saifuddin, .. sambutlah yang hadir, .. doakanlah yang kembali .."  
Huda, . .rupanya inilah hikmah Allah, .. Maha Kuasa dan Maha MengetahuiNya Allah, .. Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun, .. untnk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya. Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai, .. Seandainya kami tidak  mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda, .. Tidak, .. Tidak, itu semuanya ketentuanMu YaRabb. Tuhan Yang Maha Mengetahui, .. Lagi Maha Pengasih, ..  Selamat jalan Huda, ..  
 ~Fithratul haqq..~  

Ketetapan adalah tetap ketetapan Allah. Manusia dengan ikhtiarnya. Inilah tarbiyah Allah buat orang-orang yang menyerahkan sepenuh penggantunganNya kepada Allah. Kita berdoa. Kita merayu agar disampaikan hajat. Kita menangis, bermunajat. Harus juga kita ingat akan doa nabi , janganlah Ya Allah Kau berikan aku sesuatu yang aku pinta hanya kerana belas kasihan dan simpatimu sedangkan ia hanya membawa kerugian kepada diriku. berdoalah .. berdoa dengan mengharapkan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan redhalah ... redha dengan setiap pemberian dan anugerahNya .. redha ketika diuji itulah sabar namanya. dan ... bertajahudlah lagi di malam hari dan berdampinglah dengan AL-Quran .. InsyaAllah  itulah ubat mengistiqamahkan iman alfaqirah ila Allah. 


  




Tuesday 10 May 2011

Kerana Aku Wanita.


kerana aku wanita,
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku...


kerana aku wanita,
ingin disayangi itu fitrah diriku...


kerana aku wanita,
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki...


kerana aku wanita,
emosiku selalu mengatasi logik akalku...


kerana aku wanita,
air mata teman setiaku..


kerana aku wanita,
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi..

DAN..
kerana aku wanita,
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku,
jangan bermain kata denganku,
takut rosak hatiku...


kerana aku wanita,
akhlakmu ukuran dimataku..

peliharalah akhlakmu dan imanmu,
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku,
takut rosak thiqohmu..


kerana aku wanita,
maka peliharalah susunan kata-katamu..


kerana aku mudah terasa,
namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar..


kerana aku wanita,
peliharalah dirimu dari mencemuhku..
saat titisan jernih mengalir dari mataku,


kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali..
kerana aku wanita,
aku memang sangat peka..
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya..

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami...
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami..
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami...